Tuesday, 24 May 2011

Belasah dan pukul dengan kejam!


Hati yang membara, semangat yang meluap-luap, jiwa penuh tekanan. Hentakan, pukulan, kilasan bagi mencapai kepuasan!
Nah itulah penangan badminton malam ni. Hampir sebulan memeram keringat dan akhirnya terlampiaslah ia.
Pada aku badminton senaman lengkap kerana adanya larian, lompatan, fokus, ketahanan mental, fikiran dan lain-lain pergerakan otot. Kalau bermain tanpa sesi pemanasan dan regangan pastinya otot akan mengalami kejutan! Ha shock dia haha. Malah yang utama adalah pembakaran lemak dan mengeluarkan peluh jahat dari tubuh. Marilah kita bersenam untuk kesihatan dan kemajuan taukei court. Kalau kita tak main rugilah kilang shuttle dan raket.


"Memerah keringat demi sebuah kehidupan yang sehat"


P/s : play fun & joy! No worries bout yr skill. Jiaho.

No comments:

Post a Comment