Wednesday, 19 October 2011

serbu!

boss bukak meja!

fasa pertama!

belum sampai semua makanan! thnx boss

Friday, 12 August 2011

Hari ke-12 Ramadhan.

Assalam.



Hari ni dah masuk hari ke-12 Ramadhan. Berlalu 10 malam pertama. Semoga kita beroleh barokah Ramadhan. Ameen.

Saturday, 4 June 2011

Antara Nyawa dan Wang.

Last tukar tayar dua tahun lepas rasanya tu pun siap sport rims. Dua tiga minggu ni rasa tak sedap hati dgan kereta. Cek tayar. Woo dah makan dalam la belakang. Tak pikir panjang jom melawat taukei tayar.

Tengah tukar taukei panggil. Jajaran tayar belakang teruk. Tengok screen bacaan nampak condong. Luck manufact tak baik. Takpelah nak buat mcm mana kan. Malas nak pikir banyak2. U kasi adjust sampai bacaan 100 ok.

Time ni gaji belum masuk. Haish ujian betul. Sabar ok. Semoga di permudahkan.

P/s : urusan rezeki adalah rahasiaNya. berusaha dan berdoa. Simple.

Nikmat solat.

Solat satu tangungjawab, tanda perhambaan diri, penyerahan jiwa pada pencipta agung Allah s.w.t. Tidak boleh tidak, solat wajib ditunaikan. Waima dalam apa jua keadaan. Terdapatnya rukhsoh dalam solat, sesungguhnya Allah s.w.t maha penyayang, maha adil lagi maha mengetahui apa yang hambanya hadapi.

P/s : sangat tenang bersolat di masjid berjemaah. Hati ku, jiwa ku hanya untuk Mu Ya Allah..

Thursday, 2 June 2011

Jangan ada rahsia.

Dalam berumahtangga jangan ada rahsia. Itu antara intipati ceramah ustaz Hassan Din Al-Hafiz dalam tanyalah ustaz tv9. Syaithon akan mengambil peluang ber'rahsia' tu untuk mengoyahkan pasangan. Bilamana berlaku penceraian maka akan bergembiralah syaithon.

Suami harus melaksanakan tangungjawab begitu juga isteri.
Suami tidak boleh memberatkan soal kewangan keatas bahu isteri.

P/s: bagaimana kalau suami yg bersikap kesyaithonan.. Em?

Tuesday, 31 May 2011

Memerah keringat membanting tulang.

Malam ni bersenam lagi. Kali ni agak ramai, 16 orang. Have fun have joy.

P/s : ramai orang ramai aksi. Enjoy.

Tuesday, 24 May 2011

Belasah dan pukul dengan kejam!


Hati yang membara, semangat yang meluap-luap, jiwa penuh tekanan. Hentakan, pukulan, kilasan bagi mencapai kepuasan!
Nah itulah penangan badminton malam ni. Hampir sebulan memeram keringat dan akhirnya terlampiaslah ia.
Pada aku badminton senaman lengkap kerana adanya larian, lompatan, fokus, ketahanan mental, fikiran dan lain-lain pergerakan otot. Kalau bermain tanpa sesi pemanasan dan regangan pastinya otot akan mengalami kejutan! Ha shock dia haha. Malah yang utama adalah pembakaran lemak dan mengeluarkan peluh jahat dari tubuh. Marilah kita bersenam untuk kesihatan dan kemajuan taukei court. Kalau kita tak main rugilah kilang shuttle dan raket.


"Memerah keringat demi sebuah kehidupan yang sehat"


P/s : play fun & joy! No worries bout yr skill. Jiaho.

Saturday, 21 May 2011

Musibah tanah runtuh di Hulu Langat.

Bangunan 4 tingkat yang menempatkan anak-anak yatim, madrasah attaqwa (kalau tidak silap) di hulu langat di timpa runtuhan tanah pada jam 2.20pm waktu malaysia.
Status sehingga kini (11.00pm) misi menyelamat masih dilakukan dan khidmat anjing pengesan K9 telah di gunakan.
Semasa runtuhan mereka sedang menjalankan latihan nasyid.

Jumlah : 25 orang (awal laporan 24).
Selamat : 9 orang.
Sah meninggal : 9 orang.
Status tidak diketahui : 7 orang.

Semoga urusan pencarian berjalan lancar, dan mangsa yg belum ditemui semoga masih ada ruang dan peluang, inshaAllah.

Al-fatehah untuk mangsa yang terkorban. Semoga ditempatkan dikalangan mereka yang di redhoiNYA.

P/s : semua yang tersurat dan tersirat dalam dunia ini hanya Allah s.w.t yang tahu.

Bersantai dan berlibur.

Oh hari sabtu yang berlebihan masa. Hilangkan rasa keterlebihan dan elakkan pembaziran masa dengan bermain bowling. Mengah juga dah masuk 2nd set. Pheww stamina oh stamina, almost 3week tak main badminton.

P/s : senaman amat baik untuk kesihatan anda ^.^

Tergantung-gantung.

Hari jumaat penghulu segala hari.
Dua tiga hari ni semangat kehidupan agak luntur dan goyah. Berfikir dan terus berfikir. Untuk memenuhi kehendak kerja, diri dan kehidupan. Letih namun perlu di tatap, umpama memakan ubat yang dibekalkan doktor. Jengkel memakanya namun atas usaha kesihatan, kepahitan dibiar melalui kemanjaan kerongkong dan itulah kehidupan.
Dibiar dibuai setiap persoalan membuatkan diri umpama tergantung-gantung. Hilangnya arah bermaksud perlunya mencari semula arah.
Himpunkan kekuatan, dampingi-NYA itulah yang sebenarnya.. Biarkan hati menikmatinya.

P/s : Dengan mengingati Allah s.w.t, hati akan menjadi tenang.

Thursday, 19 May 2011

Rahmat dan rahasia-NYA.

Selepas melalui musim panas yg agak terik minggu lepas. Kini musim hujan pula. Alhamdulillah. Sejuk suasana walaupun basah dan becak. Aku lebih suka keadaan hujan berbanding panas, keadaan hujan ni dia renyai2. Ok la berbanding panas yg sgt terik. Namun apa pun itu semua urusan-NYA. kita hadapi dgn tabah.

P/s : dalam kereta nak balik rumah. Syukur syukur syukur Alhamdulillah. i love Allah.

Hidup dan kehidupan.

Apa yang digambarkan merupakan simbolik sebuah kehidupan bagi aku.

P/s : kehidupan ini suatu cabaran. Ada rintangan yg tak terduga menanti. Terlintas tanpa diketahui. Semua itu adalah critera penghidupan yg telah di rencanakan oleh-NYA.

Wednesday, 18 May 2011

Showdown2011.

Aku mula terjebak menonton rancangan ni last year 2011. Best tengok mereka-mereka ni semua dance. Aku memang tak tahu dance macam tu so tengok jelah. Haha. Apa salahnya ada masa lapang plus rehat-rehat menonton. Oh ya, last year wakaka crew juara. 2nd giler battle crew.
Untuk tahun ni? Entah.. Tunggu & lihat jelah.

P/s : cun penonton depan stage tu, bertudung..sweet la. Tapi lagi sweet kalau tak terkinja-kinja & menjerit ala-ala histeria. Hehe. Jgn marah nanti kena jual.

Tun Mahathir di masukan ke IJN.


___Terkini___


_______180511_15:31________



Berita dari sinar (18hb mei 2011).



P/s : semoga Tun M cepat sembuh. InshaAllah.

Tuesday, 17 May 2011

Memusnahkan atau di musnahkan.

Gelora peperangan pasca moden yang tidak ada penghujung.

Metro 17mei2011.

P/s : semoga negaraku senantiase dalam lindungan Allah s.w.t dari anasir-anasir yg memudhoratkan..

Dulu lain sekarang lain.

'Dulu lain skerang lain, dulu muda sekarang tua'
Ni lagu lama..
Lagu baru mcm ni..
'dulu web sekarang mobile'.

Ha sejak menjak HP ni makin maju dan modern, tak payah nak memadang on pc/laptop. Surf je guna HP. Tetapi! Bukan 3310 ok. He he.
Bagi meringkan lagi load time dan paparan makan ia telah di sesuaikan untuk mobile.
Aku tak pasti bila blogspot tambah features ni, sebab last aku pakai 2005. Tu confirm tak ada features ni. Now i'm back (jeng jeng jeng -tema james bon). So kita godeh & gunakanlah..

Simplypuzzles.blogspot.com/?m=1
Ha tinggal tambah /?m=1 je kat hujung untuk paparan mobile..

#mana nak dapat?
-ok goog 'blog draft'.. Ha nanti click link. Make sure korang login blog. Ok.

Update post ni pun guna mobile. Sambil duduk2.

#macam mana tu?
Aku guna 3rd party pixelpipe.com.. Register & guna. Semudah ABC 123.

P/s : test phone korang, support tak nak install pixelpipe tu. Kang nanti marah aku kata tak boleh.
Ada lain2 lagi 3rd party, try mana yg simple ok. Kalau ada yg lain kabo kat aku la ye.
Ok tq. Enjoy.

Cuti Sempena Hari Wesak.


Selamat hari wesak kepada yang menyambutnya.. Apa yang seronok adalah cuti umum..tetapi apakan daya aku demam pulak hari ni.. So rehat sajalah di rumah.. So selamat bercuti!

P/s : Jangan tanya kenapa bunga teratai. Aku goog dia keluar bunga teratai. Kalau nak tahu lanjut sila study then kabo kat aku..failed la aku ni. I'm sorry.

Re-born..

Kelahiran semula? What the hek..

Ini bukanlah iklan Levis Re-born atau sewaktu dengannya.
Ini adalah penyataan yang saya sudah kembali.
Kembali dari bercuti.
Menyambung pembelajaran dalam dunia kehidupan.
Woot!
Saya rasa semua orang bakal di graduasi dengan 'tittle' itu. apa dia?

sambung minggu hadapan...